eKarnival Usahawan Kelantan 2021 (Dewan 1)
eKarnival Usahawan Kelantan 2021 (eKUK 2021 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk menyokong dan memacu usahawan Kelantan untuk bangkit semula dan berkembang bersama sebagai sebuah komuniti usahawan yang saling berhubungan, bantu membantu dan bekerjasama dalam mengembangkan semula perniagaan pasca COVID-19. eKUK 2021 menyediakan platform kepada usahawan-usahawan Kelantan untuk mengembangkan jaringan perniagaan, meningkatkan ilmu pengetahuan, mendapatkan pelbagai informasi bermanfaat untuk perniagaan, mempromosi dan memperluas jangkauan pasaran perniagaan mereka. Dengan situasi penularan COVID-19 yang masih tidak menentu, eKUK2021 akan diadakan secara atas talian (online) sepenuhnya selama sebulan bermula 1 - 31 Oktober 2021. Platform maya eKUK 2021 menawarkan pelbagai ciri interaktif digital bertujuan untuk mencipta suasana dan pengalaman yang sama seperti acara fizikal. Empat elemen utama yang akan dipertontonkan sepanjang eKUK 2021 ialah Karnival Jualan Online, ePameran Usahawan dan Agensi Kerajaan, Siri Webinar dan pelbagai aktviti kemeriahan secara maya melalui penstriman langsung.